Wednesday, November 10, 2010

aku,mereka& Dia : Epsd 1


September 9

'What a day..haihh..
Itulah perkataan yang berlegar-legar sementara menunggu laptop yang baru berusia empat bulan kering setelah dimasuki air. Bukan setakat air biasa, haaa..ini air baik punya; milo kaw-kaw punya. Buat sekian kalinya, aku betenggek di birai meja, temanggu menatap Black Compaq Presario CQ35, 12 inch milikku ini. Bilakah kamu nak kering ni wahai air?? Please be fine, lau tak mana nak hantar ke kedai? Motor pun tak ada, mana kedai paling dekat pun tak tau. Aku pulak kebetulan sendirian di rumah. Dua teman serumahku bertandang ke perpustakaan; al maklumlah minggu-minggu menjelang peperiksaan ni. 

Kalau di takdirkan kena cari yang baru? Hmmm...poket aku pun memang tengah 'tebal' ni. Sudahlah ‘el mio telefonino’ (yang bermaksud ‘telefon kecilku’ dalam Bahasa Itali yang aku belajar dari novel Eat, Pray, Love.) meragam beberapa minggu yang lepas. Mujurlah teman serumahku, Anne dengan baik hati, meminjamkan telefom bimbitnya yang tidak digunakan tetapi masih dalam kondisi yang elok. Haiii, masa tengah sibuk nak exam ni lah kau buat hal, rungut hati kecilku dengan pelbagai soalan yang bertalu-talu. Hampir menangis aku memikirkan hal yang satu ini.

Saat-saat macam nilah ingatan terus melayang kepada Nawa. Ya, Nawa! Tiap kali dalam dilema, kesulitan atau berita yang membuat aku melonjak kegembiraan, Nawa lah insan pertama ku cari atau hubungi. Aku mencapai ‘el mio telefonino’, lincah mencari namanya untuk di dail. Truttt..trutttt..

‘Assalamualaikum, hello..’ ringkas jawabnya.

‘Waalaikummussalam..awk, ade kat mana? Ganggu tak ni? Busy tak?’ bertalu soalan ku, mengharap jawapan darinya. 

‘Ganggu tu taklah, tapi baru je nak terlelap. Haha..eh, ade apahal cemas semacam jer? Saya on the way  gi Penang. Kan saya ada interview, lupa lah tu?’ balasnya dengan nada yang sedikit mencuit hati tetapi sinis.

Alamak! Macam mana boleh lupa dia ade interview esok? Hadusss..kene cover line ni, ‘Owh, sebab tak lupa la call ni. Selamat berjaya! Buat yang terbaik esok, InsyaAllah ade rezeki tu  nanti.’ Yes! Terbaiklah Adia, engkau memang boleh dicalonkan menjadi pelakon terbaik drama Melayu umur bawah 25 tahun. Selamat aku pandai cover line. Aku tersenyum sebelum dimatikan senyuman manisku ini oleh kata-kata Nawa:

‘Owh..tak lupa ye? Baguslah..tapi tak perlulah ucap selamat banyak kali kan? Kan pagi tadi awak dah message..? Semalam pun dah.. Memang sah short otak time exam ni..hahaha..ade apa-apa ke nak cerita ni?        

Nah! Kedebussh! Betul jugak tu, bukan ke aku dah wish dia pagi tadi? Adia, mane perginya kewarasan otak mu? Rungutku seorang diri, menggaru kepala yang tak gatal, mengira-ngira untuk memberitahu hal sebenar. 

Namun, akhirnya aku putuskan untuk tidak memberitahu Nawa kejadian yang merunsing hariku. Kami akhiri perbualan ringkas dengan ucapan seperti biasa. Manakan sanggup aku tambahkan bebannya? Sudahlah interview yang penting menunggu di keesokan harinya. Jadi, aku putuskan untuk memikul sendiri bebanan aku pada kali ini. Ya, mana mungkin Allah berikan cubaan yang tak mampu hambanya tanggung?  Seringkali terbaca ungkapan yang seperti itu. Ayat yang satu itu terus- terusan bermain di benakku, terbayang-bayang di mata.
  
Aku termenung seketika. Cuba mencari kewarasan di dalam belukar masalah. Terdetik di hati; jika ini Dugaan dari Allah, aku sebagai hamba bukankah harus pasrah? Tambahan pula, apalah sangat masalah yang aku hadapi saat ini? Setakat komputer riba yang di ‘sirami’ air milo, dan seakan tidak mahu berfungsi kembali. Sedangkan orang lain, di ceruk dan pelusuk dunia luar? Berperang di dalam debu di Palestin, bertarung nyawa diasak Gunung Merapi di Indonesia, gigih menjalani hari yang basah dek kerana banjir di Kedah ataupun yang sedang redha dengan pemergian insan tersayang buat selamanya? 

MasyaAllah, betapa alpanya hamba Mu ni. Aku menutup mata seraya berdoa di dalam hati kecilku;

‘Andai setiap kali hati ini merasakan telah dibebani oleh seribu duka, semoga aku meningati orang di sekeliling yang merasai lebih pedih dengan ujian yang menimpa diri mereka. Semoga ujian kepada hamba Mu ini adalah secebis daripada ratusan mahupun ribuan buih-buih duka yang akan pergi dan lenyap dengan kehendak Mu. Sesungguhnya ada rahmat di sebalik segala sesuatu-Amin-’

Selang beberapa minit, laungan azan mendayu berkumandang, sayu merayu insan menunaikan kewajipan, menuju kejayaan. Dengan izin-Nya. 
**********

0 comments:

Post a Comment